Ahad, 30 Ogos 2009

nak hapus dosa2?

sila klik http://smashamsuddiniah.wordpress.com

kemudian klik pautan blog ust saini ridwan http://abahasli.blogspot.com
semoga manfaat utk semua

Ahad, 23 Ogos 2009

tazkirah ringkas ramadhan

assalamualaikum...
pasti...pasti...pasti...setiap mukmin yg ingin kpd kasih ilahi..apabila sampai saje ramadhan..akan "mencari-cari" apakah yg hendak dibuatnya buat "memenuhi" agenda "taqwa" dlm bulan ini...guna utk meningkatkan dirinya ketahap "muttaqin".

di sini kami akan turunkan satu tazkirah ringkas buat para "salik" agar bertambah "kuat" dlm meningkat diri ke tahap tersebut.

disebutkan di dlm kitab "fiqh al-sunnah" karya sayyid sabiq r.a. (sahl bin said berkata,"jibril telah datang kpd Nabi s.a.w. lalu berkata: wahai muhammad, hiduplah sesuka hatimu tapi engkau pasti akan mati. perbuatlah sesuka hatimu tapi engkau pasti akan dibalas berdasarkan perbuatanmu itu. cintailah siapa saja yg engkau suka tapi engkau pasti akan berpisah dengannya. ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang muslim itu adalah mengerjakan solat malam. manakala kehebatannya adalah terletak pada ketiadaannya berharap kpd sesama manusia.)

jadi...carilah peluang di bulan ini utk meningkatkan kerja solat malam kita...tak kiralah samada ia adalah solat sunnat selepas isyak...solat witir..solat tarawih..solat taubat..solat tahajjud...atau lain solat yg termampu kita laksanakan...asalkan pd waktu malam.

sayugia diingat...kalau buat kerja baik tu...istiqamahlah...jgn hangat2...je...
maksud sabda rasulullah s.a.w. "amal perbuatan manakah yg paling disukai allah? beliau menjawab: yg terus menerus sekalipun sedikit"- riwayat imam al-bukhori dan imam muslim.

jadi kami fikir...patut sangatlah kita memilih "kerja" kita dan kita istiqamahkan walau ia hanya sesuatu yg kecil atau sedikit..asalkan ia adalah suatu "sunnah" dan dilaksanakan dg "ikhlas"

selamat beramal...semoga ilahi menerimanya..amiiiiiin

Selasa, 18 Ogos 2009

terimelah pendapat org lain...

قل الحق ولو كان مرا

setiap org yg waras pasti punya keinginan utkmenyampaikan "maksud hati"nya kpd pihak lain. kadang2 perkara itu "manis" pd "rasa" org yg mendengarnya. kdg2 ia juga "pahit" pd org yg merasanya. jadi apakah "sikap" kita apabila menerima "ujaran" org lain yg terasa pahit pd rasa kita?

kita tidak boleh, dan tidak patut inginkan yg manis2 sahaja utk kita telan. seumpama kita menelan "ubat", tidak semua ubat itu enak dirasakan. seringkali ia akan terasa "pahit" dan mengerutkan muka kita. tapi kita telan juga. mengapa?

begitulah juga apabila kita menerima "teguran", "ulasan" atau "kritikan" dari org lain. tidak semua org "suka" kita. tidak semua org "sayang" kita. tidak semua org juga "benci" kita. utk dapat menerima sesuatu yg "lain" dr keinginan kita, ia amat memerlukan kpd "kesedaran" diri yg tinggi dan unggul. org yg "sedar" diri akan meletakkan dirinya sprt "botol kosong" yg sedia utk diisi. semasa sudah penuh terserahlah padanya utk terus atau menuangkannya semula. begitulah kita. kita mestilah ada "penapisan" atau "penurasan" yg jitu utk memilih mane2 perkara yg dtg kpd kita. mau terima atau mau tolak.

namun jgn lupa lah..menerima atau menolak bukanlah dg "suka2" je...ia amat bergantung rapat dg "kafahaman" kita terhadap "nilai2" terima dan tolak. ia amat berkait rapat dg "iman", "syarak" dan "pandangan jauh" kita terhadap hukum "sebab" dan "akibat"

ingat peribahasa: "manis jgn terus ditelan. pahit jgn terus diluahkan"... "mendengar guruh di langit air tempayan jgn terus dicurahkan"

oleh itu...wahai para "sahabat"...fikir2 lah...jgn terlalu ikutkan "emosi" dan "ego" kita...

Ahad, 16 Ogos 2009

mencari bahagia

setiap insan ingin mencapai bahagia...samada dlm jiwanya, jasmaninya, pekerjaannya, pergaulannya, keluarganya dan lain-lain lagi. namun demikian, apakah bahagia itu? bagaimanakah rupa bahagia itu? bagaimanakah hendak dicapai bahagia itu? dimana boleh didapati bahagia itu?

semua persoalan itu akhirnya akan membawa kpd satu natijah...yakni bahagia sebenarnya adalah bertitik tolak dari "TAKWA"..maka segala persoalan takwa hendaklah dipenuhi utk mencapai "bahagia" yg dimaksudkan itu...bahagia juga adalah satu kemuliaan...dan org yg paling bahagia adalah org yg paling takwa.

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ
"sesungguhnya org yg paling mulia adalah org yg paling takwa"

oleh yg demikian...wajiblah kepada setiap org yg ingin bahagia...utk mencari "jalan" yg boleh menjadikannya seorg yg bertakwa...dan apabila sudah bertakwa...carilah jalan utk menjadi org yg "lebih" bertakwa...barulah kemudian boleh menanti adakah ia boleh atau "layak" menjadi org yg bahagia.

ramai org yg mengartikan bahagia itu dg badan sihat atau banyak harta atau jawatan tinggi atau isteri cantek atau kelulusan tinggi atau "kuasa". tapi adakah demikian?

Khamis, 13 Ogos 2009

banyak no bale skg ni ye..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
khutbah jumaat ari ni perihal "selsema babi"...dlm khutbah tu cerite sikit tentang selseme ni...ade le peringatan, panduan sikit bagaimane nak "elak" bende ni...tapi tak pulak khatib cerite ape "bahaya" yg ade pd bende ni...kalu ade rasenye org ramai akan lebih "berjage-jage" darinye...

kawan saye cerite-die kate doktor yg cakap-virus selseme babi ni akan menyerang paru-paru, dan paru-paru tu akan rosak, tak leh repair lagi dah. maka kita akan sakit selamenye lah...uih bahaya sungguh tu kan...

sebenarnye...ape-ape saje penyakit...adalah bahaya. tak kire sakit "kecik" ke...sakit "besar" ke...sakit "lembut" ke...sakit "keras" ke...semua adalah bahaye. sape-sape yg telah terkene ape-ape saje penyakit...sebenarnye sudah berade dlm "bahaya"..dan bahaya ini akan akhirnye membawa ia kpd "maut"...kerana "penyakit" adelah salah satu "alat" bagi Tuhan untuk menghapuskan jenis makhlukNye di muke bumi ini. kalau ade makhluk yg mati secara "tibe-tibe"...pastilah ade "sebab"nye kan...paling kurang kalau tanye doktor...die akan kate "jantung"...tu la penyakitnye...jantung berenti...kaan

jadi jgn le heran kalu ade ape saje macam penyakit yg melande makhluk ni...yakin lah ia adelah "taqdir" Allah dan dah kehendakNye jua...hanye kita pulak nk buat ape? inilah soalan yg perlu kite jawab dg "jujur" dan beserte "tindakan" bersepadu kita...samada usaha fizikal...atau usaha bukan fizikal...

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس
"telah "timbul" di muka bumi ini bermacam-macam kerosakan dg sebab perbuatan manusia sendiri"

jadi ape saje bale yg timbul adelah asal mulenye salah kita sendiri...oleh yg demikian wajiblah kite "taubat" dan "islah" segale kasilapan kita...kerana salah satu cara menolak bale adelah dg taubat dan istighfar...

doa yg rasenye boleh diucapkan memohon keselamatan:
اَللَّهُمَّ سَلِّمْنِى وَسَلِّمْ أَهْلِىْ وَسَلِّمْ أَوْلاَدِىْ وَسَلِّمْ أَمْوَالِىْ وَسَلِّمْ بَيْتِىْ وَسَلِّمْ جِيْرَانِىْ وَسَلِّمْ أَصْحَابِىْ وَسَلِّمْ طُلاَّبِىْ وَسَلِّمْ كُلَّ مَنْ أَحَبَّنِىْ وَسَلِّمْ بِلاَدِىْ وَسَلِّمْ كُلَّ شَئْ ٍأَعْطَيْتَنِىْ
أَعُوْذُ بِكََلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
ِبِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئْ ٌفِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ
semue doa tu bacela 3 kali setiap pagi dan petang..bole juge dibace setiap waktu...disamping tu..kenelah bersabar dan berusaha menjage kebersihan...dan "mengelak" dari tempat-tempat yang "berwabak"...
sekian...semoge bermanfaat

Sabtu, 1 Ogos 2009

buat para penghijrah

sekarang aku
berdiri di dadamu
kota metropolitan
lubuk segala kebajikan
perigi segala kebejatan

aku adalah seorang penghijrah
yang berangan-angan
untuk meraih keindahan
di kota yang gemerlapan ini

di sana berkelipan
hijau, kuning, merah, biru
lampu-lampu neon bagai mata jelimu
mengenyit, mengerdip, melirik
padaku penghuni baru
yang belum kenal
arti-arti, kelicikan
di sebalik neon-neon
yang mengerdip meriah

adakah aku
akan berjaya
menyelami, memahami
segala sepak terajang
kelaparan kehidupan
yang mencekik, menjerat
dan menghimpit
dada kehidupan umat
di kota yang tanpa kasihan ini
kerana kelalaian, insan-insan bernama
penghijrah

atau aku
akan selamat
dalam harungan
terhadap banjir godaan
lalu aku
segar menghirup
sirap kebajikan
yang bertaburan
di segenap zawiyah
kota penghijrah ini

wahai Tuhan
berilah aku pilihan
yang akan memberikan
aku kepuasan
yang tidak menjadikan
aku penghijrah
yang gagal dalam tribulasi
antara godaan, fikiran
hati dan emosi liar
semoga aku akan
kembali dari penghijrahan ini
dengan senyuman
yang akan ku taburkan
menjadi embun-embun
penyegar
di kala suria mengganas
melelas kulit kepala

aduhai
lindungilah aku
wahai sang pelindung

amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin

berilah nasihat

أعْطِ أخَاكَ تَمْرَةً فَإِنْ أَبَى فَجَمْرَةً
"berilah saudaramu itu akan tamar (sesuatu yg manis), tetapi kalau ia "enggan" berilah ia sepotong bara api (sesuatu yg menyakitkan)"

dlm kehidupan sehari-hari..kita akan menghadapi pelbagai ragam org2 yg ada di sekeliling kita. ada yg baik dpt kita menumpang kebaikannya..ada yg jahat yg menyebabkan kita terpaksa menjauhkan diri darinya..ada yg perlu dididik dan dinasihati..yg ade kalanya membuatkan kita "letih" sendiri..tetapi demi "tugas" yg terletak di bahu kita..maka kita "gagahi" juga..

walaubagaimanapun...tidaklah selalu "air" yg kita minum itu terasa "manis"...ade kalanya ia ibarat racun..yg akan "memakan" hati dan usus perut kita...yg akan membuat kita serasa "mati" walaupun masih "bernyawa"...

maka..dlm menghadapi org2 yg begitu..dlm kite selalu berlembut dlm mendidik dan menasihat..perlu juga kita menggunakan pendekatan yg agak "kasar" sedikit dari kebiasaan..tujuannya tidak lain adalah..menarik "perhatian"nya..jadi apabila "dia" menolehkpd kita...di ketika itu..."kenyit" lah mata kpdnye...

fahami lah wahai saudara2 ku yg budiman...